RUMUSAN
Saya amat
bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja khusus Prinsip Perakaunan ini dalam
tempoh tiga bulan yang telah ditetapkan iaitu bulan Mac hingga Mei.Perniagaan
saya,Mal And Friends Laundry telah mengamalkan konsep iaitu prinsip dan andaian
perakaunan dalam merekod urusniaga dalam buku-buku perakaunan.Antaranya adalah:
Tempoh
Perakaunan:
Sesebuah perniagaan perlu membahagikan hayat
perniagaan kepada tempoh perniagaan yang sama kerana hayat perniagaan
diandaikan berjalan secara berterusan.Tempoh perakaunan adalah tetap bagi
sesebuah perniagaan.Contohnya, tempoh perniagaan Mal And Friends Laundry adalah
selama setahun bermula dari 01 Mac 2019 hingga 29 Februari 2020.
Entiti
Berasingan
Sebarang urus niaga antara perniagaan dengan pemiliknya
dianggap sebagai urusan antara dua pihak yang berasingan. Akaun Modal dan Akaun
Ambilan dibuka untuk merekodkan urus niaga antara pemilik dan perniagaan.
Contohnya, saya ingin menggunakan wang perniagaan atas kegunaan sendiri, urus
niaga ini perlu direkodkan sebagai ambilan dalam buku perakaunan perniagaan.
Wang Sebagai Ukuran :
Semua urusniaga mesti direkodkan
dalam bentuk wang iaitu Ringgit Malaysia (RM). Wang berfungsi sebagai alat
perantaraan pertukaran dalam setiap urusniaga. Contohnya, penilaian inventori dijumlahkan
dalam nilai RM 4153.
No comments:
Post a Comment